Sunday, July 19, 2009

FRIENDS....

Erm tengah bosan-bosan nie tetiba teringatkan kwn2 lama dlu.
Ramai kawan yang da ilangkan diri...xtau khabar berita,senyap jah..
Ada gak yang da kawin, siap da dapat anak 2....Member zaman sekolah, masa blaja kat kolej pun hanya segelintir yg masih berhubung. Yalah masing-masing da keje, da life masing-masing. nnt aku upload pic zaman blaja dlu..tp da xbyk..huhu...


'nie pic time jomheboh...1st time jd promoter'
kelakar glr time nie, tp hepy lor.


'time nie lak masa ktrg handle seminar kerjaya'
aku ajk jer(ahli jong kelih)..huhu....

nie je dulu...nnt aku upload lg...pic len yg kat tc, pancing 2 kena cari dlu r...
ntah ada g ke x...ala ari2 pc aku wat hal, 2 yang xde sumer...
tp aku nak try gak, sumer 2 kenangan wooo...
klu patah blk igt dapat sume blk ker....hahaha...

Ha nie lak pic one of ma housemate wedding....
tp aku xdpt p, coz masa 2 aku tgh final, cedey2...
pic ni pun aku amik dari friendster dia..huhu...


congratulation kakzai...n...wan



lawa sey....

'sarah n dna amik peluang bergambar ngan pengantin'


congratulation tuk kakzai n wan, moga bahagia selalu...
sorry amik pic nie...hehe...

Nasib baik xde pape.....

Minggu lps kls aku da mula, xprepare papepun coz otak nie cm da beku coz lama sgt da cuti.
Aku ni awal-awal kls lg da stat ponteng, ntah ler...mls ke?? hukhuk, x ok...
sebenarnya minggu lps aku bz sgt, byk benda yang dikejarkan...
Kebetulan mak aku xchat n terpaksa masuk wad, mlm isnin lps aku ngan abg bwk mak kat kecemasan...Lps mcm2 doktor periksa, akhirnya mak aku terpaksa ditahan di wad.
Masa 2 da lewat, kul 1 pg cm2...So mlm 2 aku pun turut serta tido kat hospital.
Tido atas kerusi je tau, bole tahan lenguh gak la badan....ape ley wat,kitorang xsedia pape barang pun...mmg la umah aku ngan husm 2 dekat jer, ala naik kereta 10min jer, tp memandangkan ari da lwt sgt aku xblk la..Malam 2 aku yang penat + ngantuk akhirnya tido dengan lena jugak la kat atas kerusi kat wad 4U katil no 10. Nasib baik gak esoknya cuti..Hehe, ala Tn Guru da isytiharkan cuti utk seluruh negeri sempena mengundi di Zon Manik Urai.. Erm sejak ari2 da jd rutin aku gak la berulang ke hospital, ala sj nak melawat + nak temankan mak aku la...
sunyi tau dok hospital 2...huhu...Alhamdulillah, akhirnya mak dibenarkan pulang pada hari Jumaat berikutnya selepas keadaan kesihatan yang beransur pulih. Aku bersyukur sangat coz xde pape yang teruk berlaku...actually, da lama mak xmsk wad, lbh kurg 2 tahun da kot, walaupun sebelum nie asyik keluar masuk hospital gak.. Pape pun sentiasa doakan kesihatan yang baik untuk makku yang tersayang..Aku masih memerlukan dirimu di dunia yang penuh dugaan ini... ~ I LOVE U MOM~


erm ni la gambar parents aku.....
Semoga sihat sentiasa...luv u all...




Ni saja aku upload gambar keluargaku...
actually nie sume gambar raya lepas...


nie family besarku...



my parents wif cucu2nyer...

Saturday, July 4, 2009

Ibu & Ayah

Salam dan selamat pagi buat semua.

Entah kenapa pada pagi Jumaat ini, saya cukup kuat memikirkan kematian. Pada mulanya memikirkan kematian diri, tetapi muncul pula kematian ayah & ibu. Kedua mereka ini adalah asbab kejadian kita di dunia. Sedih kerana terlalu banyak dosa yang telah dilakukan pada mereka, tidak terhitung jika dihimpunkan kesemua jari jemari semua. Syukur alhamdulillah, kedua mereka masih hidup dan sihat wala'fiat walau usia hampir mencecah 60 tahun. Tidak dapat saya bayangkan jika mereka sudah tiada satu hari nanti.

Disaat dan ketika ini, terdetik di hati dengan bertanya kepada diri saya, bagaimanakah perasaan mereka yang sudah ketiadaan ibu, atau ayah, atau kedua-duanya? Sukar untuk dibayangkan.

Persoalan kepada saya pula ..

- Bagaimanakah perasaan saya, ketika terpandang pakaian yang pernah dipakai oleh ibu, atau ayah, apabila mereka sudah tiada lagi?

- Bagaimanakah perasaan saya, ketika terlihat katil yang digunakan oleh ibu, atau ayah, yang tidak didiami lagi, yang tersusun kemas rapi cadar dan selimut serta bantalnya yang pernah kedua mereka gunakan satu ketika dahulu. Pasti terkenang mereka ketika sedang tidur nyenyak. Yang pasti saat sebegitu tiada lagi dan tak mungkin kembali.

- Bagaimanakah perasaan saya, ketika merindui 'air tangan' ibu, yang tidak pernah jemu memberi makan, dari saya kecil sehingga lah saat pemergiannya? Tentu tiada lagi 'air tangan' yang mampu menyerupai 'air tangan' ibu.

- Bagaimanakah perasaan saya, ketika mengenangkan setiap saat bersama ayah, dari saat ayah mendukung saya sejak kecil, walaupun tidak mampu saya bayangkan, setiap aktiviti yang pernah dilakukan bersama ayah, setiap sesi perbualan bersama ayah, sesi bertukar pendapat dengan ayah, walau pernah dimarahi dan dipukul, saat sebegitu pasti tiada lagi bila meratapi saat pemergian ayah.

- Bagaimanakah perasaan saya, setiap pagi Hari Raya, dimana tahun-tahun sebelumnya, saya pasti mencium tangan, pipi serta dahi ibu dan ayah, diiringi tangisan memohon keampunan diatas segala kesalahan yang telah dilakukan, bila ayah dan ibu telah pergi menyahut seruan Ilahi. Pasti saya akan merasai kesedihan pada pagi yang mulia itu.

- Bagaimanakah perasaan saya, ketika terpandang rakan atau jiran, yang masih mempunyai ibu dan ayah, membalas kasih dan sayang sesama mereka dihadapan saya, pada ketika ibu dan ayah saya telah tiada lagi.

.. Bagaimanakah perasaan saya?

Jujurnya airmata saya sedang berlinangan ketika ini. Buat semua, hargailah ibu & ayah ketika mereka masih ada. Hargailah setiap pengorbanan mereka selama mereka membesarkan kita. Sayangilah mereka sesempat masa mengizinkan kita menyayangi mereka, kerana mereka pasti kembali disuatu masa, kembali kepadaNya, buat selama-lamanya.



*dipetik dr Tranungkite.net

RESEPI CREAM PUFF (CHOUX PASTRY & ECLAIRS)

PASTRI BAHAN A 555gm air 4gm garam 4gm gula 200gm Anchor butter BAHAN B 300gm tepung gandum lebih kurang 8 biji telur gred A...