Wednesday, November 14, 2018

RESEPI CREAM PUFF (CHOUX PASTRY & ECLAIRS)



PASTRI

BAHAN A

555gm air
4gm garam
4gm gula
200gm Anchor butter

BAHAN B

300gm tepung gandum
lebih kurang 8 biji telur gred A

CARA-CARA

1. Air, gula,garam dan butter dimasak sehingga betul-betul mendidih.
2. Perlahankan api. Masukkan tepung, kacau dengan senduk kayu sehingga tepung tidak melekat di periuk (10-15minit) dan tepung masak.

**Tepung yg tidak masak akan menyebabkan cream puff leper dan tidak naik apabila dibakar.

3. Tutup api dan pindahkan adunan ke dalam mixer. Biar sebentar sehingga adunan agak suam.
4. Masukkan telur sikit demi sedikit. Kacau sehingga adunan sebati, pekat dan berkilat.
5. Masukkan ke dalam piping beg yang mengadungi nozel bintang dan paipkan 'rosset' berdiameter 2inci dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25 minit. Jangan buka oven ketika pembakaran.
6. Untuk ECLAIRS, paip memanjang. boleh juga guna novel wilton 1A. Selepas bakar, isi dengan filling dan celupkan dengan coklat cair.


CUSTARD FILLING

BAHAN A

400gm susu segar
100gm fresh cream/whipping cream

BAHAN B (Campur sekali dan kacau sebati)

50gm kastad
90gm gula caster
4 biji kuning telur
50gm susu segar

BAHAN C

300gm whiping cream (pukul sampai soft peak)

CARA-CARA

1. Double boilkan bahan  A sampai mendidih sekejap.
2. Masukkan campuran B. Kacau sehingga adunan pekat menggunakan api perlahan. Boleh juga menggunakan teknik double bile jika takut kastad hangus. Sejukkan.
3. Pukul whipping cream sampai kembang. Campurkan dengan kastad.











**resepi drpd kelas Dqaseh

Sunday, July 2, 2017

Aisya's 1st Birthday

Diam tak diam dah setahun anak umi, kejap jer masa berlalu. Masih segar lagi dalam ingatan saat mengandung dan melahirkanmu sayang. Selamat ulangtahun kelahiran, semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah bila besar nanti. Umi dan papa sayang Aisya sangat-sangat =)

HAPPY BIRTHDAY AISYA

Aisya and cousins umah atok

Sambut birthday dgn cousins umah tokma 

RAYA 2017

Tahun ni Raya ber-3

Raya pertama umah tokma (tema hijau)

Raya ke-2 umah atok (tema hitam)

Raya ke-3 tema biru

Apabila kita rajin, kita tak perlu mempersoalkan orang yang malas.

Apabila kita rajin, kita tak perlu mempersoalkan orang yang malas. 

Memang ya, asal kita balik ke kampung, kitalah yang buat itu ini, bangun paling awal, siapkan sarapan, kemudian kita juga yang bergegas pergi pasar, dan siap semua kita juga yang ke d
apur basuh ayam, potong daging, kupas kelapa dan siapkan semua bahan nak masak. Masak pun kerja kita. 

Sebab kita ini duduk dapur pagi petang siang malam, maka kita jugalah yang kena basuh pinggan. Elok sahaja yang dalam singki itu melambai-lambai minta tangan kita yang membelai mereka dengan sabun pencuci. 

Jadi kita pun uruskannya. 

Abang kita dan isterinya sedap tengok Siti Nurhaliza menyanyi Sesuci Lebaran di television. Anak-anaknya semua berlari sana sini seronok berkawan dengan sepupu lain. 

Kakak kita pula bukan main kelek anak dari pagi ini hingga pagi esok. Masa itulah anak dia nak susu badan. Kahkah. Biasanya elok je minum susu tepung. 

Adik-adik yang belum bernikah sibuk dengan telefon. Menjaga whatsapp keluarga, tetiba jadi rajin update suasana dalam rumah, selfie dan ambil gambar terus up. Maka kita yang di dapur ini tak ada dalam gambar selalu. 

Malam-malam, kita tidur paling lewat. Sudah siap cuci dapur, kita pun bingkas naik. Mandi, solat dan tidur. Bukan main lena sampai kita berlawan berdengkur kroh krah sekampung dengar. 

Emak pun kata, "kesian si polan, penat di dapur". 

Esoknya abah suruh semua beraya. Tak payah duduk rumah. Sampai di rumah pakcik sana, emak kata "yang abangnya kerja bagus, jurutera di Madagaskar."

Sampai di rumah makcik kepoh, emak cakap, "kakak yang ini akauntan di Atlanta." Semua power-power. 

Sampai ke kau, emak kau bilang, "yang inilah kalau dia balik, kita dapat rehat. Dia lah uruskan semua." 

Emak ayah kita lupa kita kerja apa. Sebab dia sendiri kena cari kita di dapur jika nak bersembang. Sama macam emak dulu-dulu, kerjanya memang sibuk di jantung rumah tersebut. 

Segala jenis sibuk itu, tak sempat nak bising siapa tak buat, siapa yang malas, siapa yang tahu tanya dah masak ke belum? Tak sempat. Sungguh. 

Jiwanya hanya mahu semua ahli keluarga seronok dengan masakan. Baru siap masak, kena masak lagi. Baru siap basuh pinggan, datang lagi 2-3 dulang. Ia seronok. 

Penat memang penat. Namun orang-orang ini tahu, Tuhan selalu mengganjarkan rezeki, menghadiahkan keselesaan hati. Setiap satu pekerjaan yang dibuat, Tuhan tahu yang mereka ini lakukan untuk beri seronok seisi keluarga. 

Wahai kawan, jika kau rajin, kau sendiri kena rajinkan hati kau untuk diam dari bising kenapa itu ini tak berbuat sedang kau pandai dan bijak di dapur. 

Ada orang, balik ke kampung itu nak rehat sungguh. Dah penat kerja sana sini. Jadi dia berharap ada yang bantu.

Ada orang, balik ke kampung memang peluang keemasan nak beramah mesra dengan saudara. Baju liplap dia paling power sampai tak payah pasang lampu dah dalam rumah. Berseri bukan main. 

Ada orang, memang dialah orang dapur. Duduklah dia di situ pagi petang siang malam. Nak bersembang tak sempat, nak itu ini juga tak ada masa, hanya masak, kemas, basuh dan ulanglah sampai balik nanti. 

Itulah hari raya. Tak perlu berasa hati. Kita pasti seronok kerana kita ada tulang yang ringan. Dan kegembiraan itu adalah bahagianya ibu bapa. 

Buat apa mahu sembang di media sosial marah si itu malas, si sana mengelat. Tak ada gunanya. Kita buat sahajalah. 

Kita rajin. Jadi kita pasti ada hati yang baik, kan?

Orang rajin merupakan orang yang bahagia membahagiakan orang lain. 

Begitulah. 

Saturday, February 25, 2017

Basic Question / Soalan Lazim Pemberian Makanan Si Manja Setelah 6 bulan

Basic Question / Soalan Lazim Pemberian Makanan Si Manja Setelah 6 bulan



1. Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Boleh rujuk carta ni :


(credit to hssfyb fb page)


2. Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.


3. Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.


4. Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur? 
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.



5. Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.


6. Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.


7. Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.


8. Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri : Buah yang sudah lembik seperti pisang masak, avokado masak terus blend dan tapis. Buah atau sayur yang agak kasar/keras perlu steam, blend dan tapis.

Boleh baca sini mengenai cara membuat puree --> All About Puree


9. Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.


10. Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan? 
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.


11. Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.


12. Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.


13. Bila boleh beri ikan? 
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak.

Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.


14. Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
-Namun, jika anak berselera makan, sihat, aktif, cerdas dan cergas tapi berat badan masih tidak naik, tidak perlu risau. Berikan terus makanan berkhasiat dan seimbang, ambil vitamin daripada makanan semulajadi sahaja, tidak perlu vitamin sintetik.


15. Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.


16. Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/


17. Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, pengawet, perasa tiruan sudah tidak berkhasiat.


18. Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
Boleh baca sini -->Macam mana nak buat egg test untuk baby


19. Boleh beri Ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.


20. Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.


21. Kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah.. 
Menurut pakar pemakanan, buah pinggang anak belum mampu memproses kandungan mineral dalam gula dan garam (buah pinggang belum matang, jika anda beri juga, buah pinggang anak perlu bekerja keras memprosesnya dan boleh membahayakan kesihatan samada kesan jangka panjang atau pendek. 

-Setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis, terutama nasi panas.


22. Anak sudah 6 bulan, diberi puri, tapi menangis mahu lagi seperti lapar.
Berikan susu. Umur 6 bulan diberi makan untuk memperkenalkan sahaja bukan untuk betul-betul kenyang. Susu ibu masih paling penting sebagai makanan.

Nota daripada Hasnita Shaari :
Beri anak 6 bulan makan bukan untuk kenyang ya puan-puan. Susu ibu tetap sumber kenyang dan nutrien yang utama bagi anak bawah 1 tahun. Makanan diperkenalkan pada usia 6 bulan adalah untuk pengenalan. Untuk ajar benda baru. Jadi tak kenyang pun tidak apa. Kalau anak kenyang makan, kurang menyusu sedangkan anak bawah 1 tahun memerlukan susu ibu untuk membesar dan membina sistem imun badan.

Kemudian, bila perkenal makanan, beri yang berkhasiat. Jadi walaupun anak makan sedikit, dia masih menerima khasiat yang maksimum. Nasi, kentang adalah sumber karbo kosong. Tidak banyak khasiatnya. Apatah lagi air nasi. Maka sebab itu disarankan puri buah/sayur terlebih dahulu supaya perut anak tidak terbeban dengan makanan yang berat untuk diproses.

Sunnah Nabi pun sebelum makan makanan berat, elok makan buah dahulu untuk memudahkan pelawasan. Pendekatan yang sama kepada anak. Buah dahulu, sayur. Kemudian baru perkenal yang lebih berat seperti bubur nasi yang dikisar, oats, bijirin lain. Kemudian baru protein sebab protein lebih sukar dihadam. Sebab itu diperkenalkan agak lewat.

Step by step. 4 day rule.

Lepas ini saya mohon sangat tiada lagi yang beri saranan air nasi dan seumpamanya untuk anak yang baru mahu mula solid. Mahu beri pada anak sendiri, terpulang tapi usahlah mencadangkan kepada anak orang lain. Anak kita semua tidak sama. Apa yang anak kita makan ok, tidak semestinya ok pada anak orang lain. .


23. Selalunya sekali mkn puri tu agak2 banyak mana?
2,3 auns sekali makan dulu. Tambah kuantiti dari masa ke semasa.


24. Oats yang direndam kena masak terus semua atau boleh disimpan selebihnya? Dan jika sudah di masak boleh tak simpan dalam freezer dan berapa lama boleh tahan? Apakah sama seperti puri lain?
Saya tak pernah simpan. Saya buat untuk sekali makan. Kalau untuk breakfast, saya rendam malam, esoknya bilas dan masak. Kalau untuk dinner, saya rendam pagi. Tapi puan boleh cuba kalau mahu simpan di freezer.


25. Orang kata labu, keledek angin. Bolehkah beri anak makan?
Ikut anak. Macam kita juga. Ada yang bila makan labu, kobis, angin. Ada yang elok boleh terima, tak angin. Macam tu juga dengan anak. Nak elak dari angin, masa kukus/rebus, letak halia muda sikit. Bila kisar, buang halia tu. Tak cuba tak tau. Jangan terlalu paranoid hingga semuanya takut untuk dicuba.


26. Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.


27. Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

- Kurma atau kismis hitam elok beri umur 7 bulan ke atas kerana buah ini telah dikeringkan dan rasanya agak manis, lambatkan sikit pemberiannya bagi mengelakkan anak terbiasa dengan rasa manis sahaja, kecuali jika anda mampu cari kurma yang fresh

Isu buah kering yang bewarna warni :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.


28. Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
- Puan Fiza Eliaza menjawab:

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.


29. Anak sudah 8 bulan. Menu apa lagi yang boleh diberi kepada anak? 
- Puan Sarah Aliesa Shaharudin menjawab
Sudah boleh intro lebih sikit grains seperti millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta. Sayuran seperti capsicum, cendawan, sayur daun hijau(kecuali bayam), beetroot. Protein seperti ayam, daging dan kuning telur. Sudah boleh mula menumis, tambah sedikit rempah, santan. Jangan lupa 4 days rules. Rempah pun kena intro satu- persatu untuk 4 hari.


30. Bila anak sudah boleh diberi finger foods?
Setelah habis intro puri dan setelah anak sudah ada kebolehan mengunyah dengan baik, mulakan beri finger foods yang lembik, mudah dikunyah dengan gusi anak serta tidak mengakibatkan tercekik, kemudian baru kepada yang lebih keras.


31. Perlu beri anak minum sebelum, selepas atau semasa makan? Orang dulu2 lepas suap anak makan mesti suap air juga. Bolehkah begitu?
Salah satu sebab orang dulu beri air selepas setiap kali suap adalah untuk 'memaksa' makanan masuk ke dalam perut dengan mudah. Pandangan saya, itu seperti memaksa anak makan. Jadi dia tak menggunakan fungsi lidah/mulut untuk menolak makan masuk ke dalam tekak dan tekak tidak berfungsi untuk belajar menelan makanan. Sebab itu saya cadangkan beri minum sebelum dan selepas makan (ikut sunnah). Air hanya diberi jika anak tercekik.
Credit to : https://www.facebook.com/HSFFYB ( Terima kasih admin anda semua banyak memberi ilmu kepada saya)

Wednesday, September 28, 2016

MY PRINCESS

Assalamualaikum....

Dah lama aku tak jenguk blog ni..sejak post aku yang terakhir, serius hidup ni lain sangat rasa. Kosong....sungguh kosong. Kerinduan yang teramat dengan kehilangan yang tiada gantinya.
Hampir sepuluh bulan kami kehilangannya, tapi ingatan tetap tersemat dihati.

Kehilangan yang berganti.....pada aku ya, aku telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan. telah genap 3 bulan usianya, dan aku juga telah kembali bekerja. Aku coretkan sedikit tentang puteriku disini untuk kenanganku pada masa akan datang.

Aku melahirkannya pada 25 Jun 2016 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1437H, pada jam 2.38 pagi dengan berat 2.75kg secara normal. Terlebih jangkaan selama 11 hari dari tarikh sebenar iaitu pada 14 Jun. Aku telah admit wad  pada 19 Jun dan akan induce pada 20 Jun kerana telah terlebih jangka. Walaubagaimanapun setelah dirujuk oleh pakar aku diberi tempoh sehingga 25 Jun kerana tiada tanda-tanda yang aku akan  melahirkan dalam masa terdekat. Setelah keadaan kandungan dan kesihatan aku diperiksa aku dibenarkan keluar wad dan di 'induce' pada 25 Jun.

Dengan izin Allah, pada Jumaat, 24 Jun tanda-tanda melahirkan mula terasa dan aku selamat melahirkan zuriat pertamaku. Puteriku diberi nama Aisya Elena Azanuddin. Perasaanku...YA ALLAH, aku sangat bersyukur diberi rezeki dan kesempatan menjadi seorang ibu. Aku gelarkan diriku sebagai ummi dan suamiku papa.

Harapanku semoga puteriku membesar dengan sihat serta menjadi penghibur dan penyejuk hati kami yang solehah.


Aaminnn....


Wednesday, December 2, 2015

KEHILANGAN YANG TIADA GANTI

Hari ni 3 Disember 2015, genap seminggu pemergian bonda yang kami kasihi. YA ALLAH, sayu hati ini bila mengingatkannya. Segala perlakuan kami, tutur kata kami terakam kembali. Sangat cepat perginya...Alhamdullillah ALLAH permudahkan segalanya. Perginya pada petang Khamis pada 26 November 2015.

Perginya meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Perginya dalam keadaan yang sangat tenang.
Perginya ketika suami masih memerlukannya.
Perginya pada hari yang baik.
Perginya disebabkan serangan jantung yang tidak pernah kami jangkakan.

Semuanya aturanmu YA ALLAH. Telah tertulis segalanya. Walaupun telah lama menjalani rawatan hemodialisis, tapi itu bukan penyebabnya. Maha suci ALLAH, yang mampu menentukan sesuatu terjadi maka jadilah ia mengikut kehendaknya.

ALHAMDULILLAH, sudah seminggu kamu menjemputnya YA ALLAH. Kami redha, kami  menerima segala ketentuannya. Kenduri tahlil kami laksanakan sesempurnanya.

RESEPI CREAM PUFF (CHOUX PASTRY & ECLAIRS)

PASTRI BAHAN A 555gm air 4gm garam 4gm gula 200gm Anchor butter BAHAN B 300gm tepung gandum lebih kurang 8 biji telur gred A...