PART 1
Kami bertolak dr kl - bandung jam 6.45am 18/10....perjalanan amik masa selama 2 jam. setibanya kami kat airport Bandung iaitu (Bandara Husein Sastranegara Bandung), kami dijemput oleh pak supir yg mmg da di booking awal-awal lg...
pandangan dari tingkap
matahari mula menampakkan diri....
awan yang memutih....
disambut ngan macet....(jem la)
boleh tgk org jual kelinci (arnab) nie disepanjang jln.
Selepas itu kami dibawa melawat ke Gunung Tangkuban Perahu, perjalanan dari airport ke sana mengambil masa lebih kurang 45min. act, kami da bekfes dlm flight, so bler sampai da jimat masa bole jalan-jalan terus. hihihi....sesampai kami di sana kami telah diserbu oleh peniaga2 yg menjual pelbagai barangan. (ini keadaan yg kurang enak disini, mereka seolah-olah memaksa kita membeli jualan mereka). Cuaca kat sini sgt nyaman, sejuk sbb berada di puncak gunung. Tangkuban Perahu merupakan kawasan rekreasi yg sgt cantik, sebenarnya ada kisah disebalik terjadinya tangkuban perahu ni. Tangkuban Perahu lebih dikenali perahu terbalik dikalangan penduduk setempat.
inilah supir kami merangkap tour guide n peneman ayah dikala kepenatan...PAK DARSO...hihihi
Gambar persekitaran Tangkuban Perahu, kami tiba masih awal pagi, cuaca sgt dingin.
Tangkuban Perahu
berlatarbelakang tangkuban perahu
udara yg sgt nyaman
bergambar bersama di tugu tangkuban perahu **wajib
suasana sekitar Tangkuban Perahu
kedai-kedai disepanjang laluan turun ke bawah, byk menjual baju berkait
berlatarbelakangkan Sapta Pesona
ditugu Sapta Pesona
Ok, lps turun dari Gunung Tangkuban Perahu, kami singgah pula kat ladang strawbery...nama apa ntah, xigt da...utk pengetahuan kat sini mmg byk ladang strawbery yg dibuka, dan mmg dialu-alukan utk memetik sendiri buah yg kita nak...mmg sgt murah la klu nak dibandingkan kat Cameron Highlands tu...sekilo 40k jer...buah kat sini pun besar2 tau, mmg menarik sgt.
ladang strawbery
nyum2...suker giler buah nie =)
memetik sambil makan di ladang strawbery
Lepas dah makan2 stoberi dgn bnyaknyer, perut mula la rasa xselesa...terpaksa la makan tgh awl ari 2...so tmpat tuju kami ialah Kampung Daun..mesti korg da pernah dgr tempat nie kan...tempat mmg famous la, n sgt cantik, byk pokok2 yg membuatkan suasana yg nyaman..mmg patut la sentiasa jd sebutan.. wajib dtg tau..lebih2 lagi lps Hanis Zalikha dok promote tmpat ni dlm Mad Markets baru-baru ni...so terjah la kami disini...makanan kat sini jenis masakan sunda, overall makanan semua menarik n besttt...layan jela pic kat bawah ni yer....muahahaha layannnnn.....
byk pokok yg melatari kawasan ni..
tempat makan jenis pondok-pondok yg dihias cantik
hebakkan, byk dia bwk, da la jauh kena jalan.....haha
makanan kami ber6
aku punyer...cdap, nasi apa xigt da...(terikut ngan hanis kat mad markets la nie)
perut da kenyang bley landing2 lg...syok la tmpat nie.
bila perut da kenyang, bersemangat balik la nak berjalan semua...tp masa 2 aku da xbermaya da, ni sume gara2 sakit kepala..nmpk xpanadol ats meja tu, 2biji da aku telan.. da ok ckit, kitorg gerak balik..tp smpat gak la singgah di 2-3 buah factory outlet...tp masa tu mood shopping xdtg lg, aku xbeli pape pun..lps 2 terus pegi hotel, x check-in lgkn...settle check-in sume, terus masuk bilik rehat...pak supir kami ada tanya nak kuar balik kol bpe? tp kami sume decide xmo kuar da, nak rehat je...masing2 da penat xckp tdo..lbih2 lagi kami br3 dr kelantan (aku, kak, n we)..yela, flight dr kb-kl sampai kol 11pm, balik umah kakni sampai kol 12...borak2, pas2 tdo kol 4 bgn da nak g airport plak...mmg la xckp tdokan.... so, we all decide nak rehat jer..siap mandi n settle sume kami tdo....yg kelakarnya kami igtkan da lwt mlm masa 2, tp bler tdo rasa sgt lama tau nak siang balik. rupa-rupanya, masa kami balik hotel bru kol 4ptg, n mgkn 6ptg kami da tdo...kelakarkan...kat sana kol 5 mmg da gelap-gelita tau.. n masa 2 ujan 2 yg gelap awal...act, jam kat sana awal sejam dr negara kita. tapi masa lg cpt kat sana..cthnya subuh kat sana 4.00am, zohor 11.00am, asar 2.30pm, maghrib 4.30pm, isyak 6.00pm... awalkan...masa dia mmg malam lg panjang dr siang hari... 1st day tu mmg pening ckit la ngan masa kat sana...
p/s : Day 2--next entry
No comments:
Post a Comment